Kelas STEM – Kapal Terbang Kertas

15 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM - Kapal Terbang Kertas. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki untuk menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina sebuah kapal terbang kertas dengan menggunakan kertas warna, gunting dan pita pelekat. Para peserta dikehendaki untuk membina dua jenis kapal terbang kertas yang berlainan saiz bagi mengenalpasti samada saiz kapal terbang dapat mempengaruhi jarak terbang kapal terbang.

Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak NADI Kg Jeriah. Di akhir sesi, semua peserta telah berjaya membina Kapal Terbang Kertas yang mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali