E-Learning – Matematik (Operasi Asas) dan Sains (Rantaian Makanan)

20 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2024, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Matematik (Operasi Asas) dan Sains (Rantaian Makanan) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta.

Kelas E-Learning pada kali ini terbahagi kepada dua sesi. Sebelum kelas bermula, para peserta terlebih dahulu didedahkan dengan platform atas talian, Quizizz.com. Quizizz merupakan sebuah platform atas talian yang telah banyak digunakan oleh para pendidik untuk menghasilkan soalan kuiz dalam bentuk interaktif dan secara atas talian. Untuk sesi E-Learning yang pertama, para peserta dikehendaki untuk mengulangkaji operasi asas matematik. Operasi asas matematik meliputi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selepas selesai mengulangkaji, para peserta seterusnya dikehendaki untuk menjawab kuiz matematik secara atas talian menggunakan platform Quizizz.

Untuk sesi yang kedua pula, para peserta telah mengulangkaji subjek Sains iaitu berkaitan dengan rantaian makanan. Rantaian makanan merupakan hubungan makanan antara spesies dalam satu ekosistem. Di akhir sesi, selepas selesai mengulangkaji, para peserta seterusnya dikehendaki untuk menjawab kuiz sains secara atas talian menggunakan platform Quizizz.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NADI lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali