Kelas STEM – Mengenali Sistem Suria dan Deria Manusia

27 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2024, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada dua sesi. Untuk sesi yang pertama, kelas pada kali ini telah membincangkan topik berkenaan dengan Sistem Suria. Para peserta telah didedahkan dengan planet-planet yang terdapat dalam sistem suria. Selain itu, para peserta juga turut mempelajari tentang ciri-ciri yang terdapat pada setiap planet di sistem suria. Sebelum kelas berakhir, para peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz yang berkaitan dengan apa yang telah dipelajari menggunakan platform atas talian Quizizz.com.

Untuk sesi yang kedua, para peserta telah didedahkan dengan deria-deria yang terdapat pada manusia. Deria manusia terbahagi kepada 5 iaitu deria sentuhan, deria bau, deria rasa, deria pendengaran dan deria penglihatan. Setiap deria yang terdapat pada manusia mempunyai fungsinya tersendiri. Di akhir kelas, para peserta dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz di platform atas talian, Quizizz.com.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali