Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 28

5 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2024 (Isnin), NaDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 28 pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 15 orang peserta di mana 12 orang telah hadir secara fizikal ke NaDi Kg. Jeriah manakala 3 orang lagi telah menyertai kursus ini dari rumah.

Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Selepas selesai setiap sesi, para peserta Kursus Latihan Pengendali Makanan akan diberikan kuiz bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Diharapkan kursus seperti ini bermanfaat untuk komuniti seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali