Program Kembara Promosi IKMAS Siri 1

12 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah bekerjasama dengan pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dalam menganjurkan Program Kembara Promosi IKMAS Siri 1 dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 14 orang peserta.

IKMAS adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik, kualiti dan kebolehpasaran pelajar, program akademik berkualiti yang diiktiraf MQA, staf akademik yang kompeten dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang efektif.

Program yang julung kali diadakan di NADI Kg. Jeriah ini adalah untuk mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan di IKMAS. Selain itu, diselitkan juga taklimat pengenalan kepada NADI bagi memperkenalkan NADI dan peranannya kepada komuniti setempat.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini, para peserta dan komuniti setempat dapat mengenali IKMAS dengan lebih dekat dan dapat menarik minat peserta untuk melanjutkan pengajian di sana pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali