E-Learning – Canva

13 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Canva yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta.

Kelas E-Learning pada kali ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan platform atas talian, Canva. Canva merupakan sebuah platform atas talian yang telah banyak digunakan untuk menghasilkan grafik dan video yang kreatif. Justeru, pada kelas E-Learning pada kali ini, para peserta dikehendaki untuk menghasilkan sebuah kad yang bertemakan Hari Ibu sempena sambutan Hari Ibu yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Di akhir kelas, setiap kad Hari Ibu yang telah dihasilkan oleh para peserta telah dicetak untuk dibagi kepada ibu masing-masing sebagai tanda penghargaan. Semua bahan-bahan untuk pencetakan seperti kertas telah disediakan oleh pihak NADI Kg. Jeriah.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NADI lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali