E-Learning – Canva (Kad Hari Guru) dan Matematik (Operasi Matematik)

18 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2024, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Canva (Kad Hari Guru) dan Matematik (Operasi Matematik) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta.

Kelas E-Learning pada kali ini terbahagi kepada dua sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah didedahkan dengan platform atas talian, Canva. Canva merupakan sebuah platform atas talian yang telah banyak digunakan untuk menghasilkan grafik dan video yang kreatif. Justeru, pada kelas E-Learning pada kali ini, para peserta dikehendaki untuk menghasilkan sebuah kad yang bertemakan Hari Guru sempena sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Di akhir kelas, setiap kad Hari Guru yang telah dihasilkan oleh para peserta telah dicetak untuk diberikan kepada guru masing-masing sebagai tanda penghargaan. Semua bahan-bahan untuk pencetakan seperti kertas telah disediakan oleh pihak NADI Kg. Jeriah.

Untuk sesi yang kedua pula, para peserta telah mengulangkaji subjek Matematik iaitu berkaitan dengan operasi matematik. Asas operasi matematik terbahagi kepada empat iaitu tambah, tolak, bahagi dan darab. Selepas selesai mengulangkaji, para peserta seterusnya dikehendaki untuk menjawab kuiz matematik secara atas talian menggunakan platform Quizizz.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NADI lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali