E-Learning – Sains (Pencernaan Makanan, Organ Penafasan Haiwan & Tabiat Pemakanan Haiwan)
4 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Sains yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.
Kelas E-Learning pada kali ini terbahagi kepada tiga sesi. Sebelum kelas bermula, para peserta terlebih dahulu didedahkan dengan platform atas talian, Quizizz.com. Quizizz merupakan sebuah platform atas talian yang telah banyak digunakan oleh para pendidik untuk menghasilkan soalan kuiz dalam bentuk interaktif dan secara atas talian. Untuk sesi E-Learning yang pertama, para peserta dikehendaki untuk mengulangkaji subjek sains iaitu pencernaan makanan. Para peserta telah menonton sebuah video animasi yang memerihalkan proses pencernaan yang berlaku di dalam badan manusia. Selepas selesai mengulangkaji, para peserta seterusnya dikehendaki untuk menjawab kuiz ringkas secara atas talian menggunakan platform Quizizz.
Untuk sesi yang kedua pula, para peserta dikehendaki untuk mengenal pasti organ penafasan haiwan. Mereka juga turut mengelaskan haiwan tersebut berdasarkan organ penafasan mereka. Selain itu juga, mereka turut diperkenalkan dengan haiwan yang mempunyai lebih daripada satu organ penafasan. Di akhir sesi, selepas selesai mengulangkaji, para peserta seterusnya dikehendaki untuk menjawab kuiz Sains secara atas talian menggunakan platform Quizizz.
Untuk sesi E-Learning yang terakhir, para peserta telah mengulangkaji topik tabiat pemakanan haiwan. Pada sesi kali ini, para peserta dikehendaki untuk mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan mereka seperti haiwan hervivor, karnivor dan omnivor. Para peserta seterusnya dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz ringkas secara atas talian menggunakan platform Quizizz.
Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NADI lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: