Kelas STEM – Kincir Angin

11 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang peserta.

Untuk kelas STEM pada kali ini, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Kincir Angin. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki untuk menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina sebuah kincir angin dengan menggunakan kertas warna, gunting, gam dan batang lidi.

Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak NADI Kg Jeriah. Di akhir sesi, semua peserta telah berjaya membina Kincir Angin yang mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali