Kelas STEM – Bentuk Magnet (Sains) & Mengenal Alat dan Radas Sains

12 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Bentuk Magnet (Sains). Para peserta dikehendaki untuk mengenal pasti beberapa jenis bentuk magnet seperti magnet bar, silinder, ladam, bentuk U butang dan cincin.

Untuk sesi yang kedua, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Mengenal Alat dan Radas Sains. Terdapat pelbagai jenis alat radas yang terdapat dalam bilik atau makmal sains dan adalah penting untuk kita mengetahui setiap nama dan kegunaan alat radas tersebut. Sebelum kelas tamat, para peserta dikehendaki untuk menjawab soalan menggunakan platform atas talian, Quizizz.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali