Latihan Intel TTT ( Train The Trainer)
10 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Kg Bandong telah mengadakan Latihan Intel TTT( Train The Trainer) yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Latihan tersebut telah diadakan selama 3 hari iaitu pada 7 hingga 9 Oktober 2016 dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang.
Latihan ini mengandungi dua modul iaitu Intel Learn Easy Step dan Basics Enterpreneurship dan telah dihadiri oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada belia yang datang dari pelbagai tempat di bahagian Sibu.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada teknologi maklumat khususnya tentang penggunaan Komputer dan Microsoft office. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan kemahiran keusahawanan, cara mencari idea perniagaan, membangunkan perniagaan dan seterusnya cara mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: